Events Calendar
PERTANDINGAN PENCIPTAAN LOGO DAN NAMA BARU BAGI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M)
Wednesday, January 06, 2016, 08:00am
To Friday, January 08, 2016
To Friday, January 08, 2016
Hits : 94
Syarat Pertandingan
1. LATAR BELAKANG
1.1 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan Pertandingan Penciptaan Logo dan Nama Baru Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) bagi tujuan penjenamaan semula PI1M di seluruh Negara.
1.2 Objektif bagi penjenamaan semula ini adalah :
a) Menambahbaik imej PI1M sedia ada
b) Menonjolkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan sebagai agen transformasi kearah komuniti pintar.
1.3 Penjenamaan logo dan nama ini adalah selaras dengan kematangan PI1M dalam membantu penduduk di luar bandar untuk menjadi celik IT, selain membangunkan kandungan kreatif, modal insan, dan sosio-ekonomi penduduk, seterusnya mentransformasikan taraf penduduk kearah komuniti pintar.
1.4 Fungsi PI1M juga telah ditambahbaik sebagai agen transformasi ke arah pertumbuhan yang mampan dan mewujudkan masyarakat lebih bijak bagi menghasilkan negara digital.
2. OBJEKTIF PERTANDINGAN
2.1 Mencipta logo dan nama baru bagi PI1M
2.2 Memberi peluang kepada ahli PI1M seluruh negara untuk memahami fungsi sebenar PI1M
2.3 Menggalakkan penglibatan ahli PI1M dalam melahirkan idea yang kreatif dan inovatif bagi mencipta logo dan nama baru PI1M.
3. SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN NAMA
3.1 Syarat dan Terma Pertandingan
a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua ahli PI1M dari seluruh Negara (termasuk Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M)
b) Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan.
c) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan oleh Urusetia. Maklumat pada borang tersebut perlulah ditaip dan dihantar dalam bentuk PDF kepada Urusetia.
d) Semua hasil mestilah asli dan tidak ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara. Pihak panel penilai dan MCMC berhak untuk menolak penyertaan tersebut sekiranya didapati tidak asli.
e) Semua logo dan nama yang diterima oleh Urusetia bagi Pertandingan Penjenamaan Semula PI1M akan menjadi hakmilik MCMC dan tidak akan dikembalikan. MCMC berhak ke atas logo dan nama yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk dijenamakan, digunakan, dipamerkan ataupun dicetak pada sebarang promosi media mahupun mana-mana acara atau majlis rasmi MCMC.
f) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Januari 2016.
Penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
g) Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada Pengurus/ Penolong Pengurus PI1M kawasan anda didaftarkan atau yang terdekat.
3.2 Spesifikasi Reka Bentuk Logo
a) Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur/ elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
b) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan software yang bersesuaian dan hasil tersebut dihantar dalam bentuk softcopy menggunakan format JPEG.
c) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
d) Penciptaan logo hendaklah menggambarkan mengenai objektif dan fungsi PI1M.
e) Reka cipta logo hendaklah mempunyai SEKURANG-KURANGNYA dua (2) warna tetapi tidak melebihi tiga (3) warna.
f) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
3.3 Spesifikasi Nama
a) Nama yang dikemukakan mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur/ elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
b) Setiap nama yang dihantar hendaklah TIDAK MELEBIHI tiga (3) patah perkataan.
c) Setiap nama yang dikemukakan hendaklah disertai dengan keterangan atau penjelasan (rasional) keatas nama yang dicadangkan.
d) Nama tersebut hendaklah dikaryakan dalam Bahasa Melayu sahaja;
e) Nama yang dikaryakan TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif/agama/bangsa dan menggunakan perkataan kurang sopan.
4. METODOLOGI PENILAIAN
4.1 Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima daripada peserta yang menyertai pertandingan ini.
4.2 Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Panel Penilai yang dilantik oleh Urusetia.
4.3 Semua pemilihan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai.
4.4 Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
4.5 Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urusetia melalui telefon / surat / emel.
4.6 Majlis penyampaian hadiah akan dijalankan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.
4.7 Penilaian akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut :
KRITERIA MARKAH
Keaslian : 10%
Kreativiti : 20%
Spesifikasi/ keterangan : 30%
Ketepatan kepada tema/ fungsi PI1M : 40%
Jumlah : 100%
5. PEMENANG & HADIAH PERTANDINGAN
5.1 Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut :
a) Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM3,000.00 dan sijil penyertaan
b) Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM2,000.00 dan sijil penyertaan
c) Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM2,000.00 dan sijil penyertaan
d) Tempat Keempat : Hadiah bernilai RM700.00 dan sijil penyertaan
e) Tempat Kelima : Hadiah bernilai RM500.00 dan sijil penyertaan
f) Saguhati : 5 hadiah saguhati bernilai RM300.00 setiap satu dan sijil penyertaan
Location Mana-mana Pusat Internet 1Malaysia berhampiran
Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia