Mengikut cerita, pada akhir tahun 1919, kampung ini didatangi oleh tauke lombong bijih dari Perak yang mengesan kawasan ulu kampung ini terdapat banyak bijih timah. Mereka mula mengorek dengan cara pancutan air dan 3 buah lubang telah dibuat kerana tiap-tiap lombong itu telah dijumpai ibu bijih tersebut.

            3 lombong ini dibuat penempatan dan diberi nama SA-TIN, SA bererti 3 dalam bahasa cina dialek hokkien.TIN bererti lombong mengikut loghat Inggeris.

            Apabila aktiviti perlombongan ini dijalankan air sungai menjadi keroh dan menggugat tanaman serta merosakkan hasil utama penduduk asal disitu..Dengan kepandaian seorang peneroka di situ yang dikenali sebagai Md Zain, membuatkan ibu bijih yang dijumpai hilang. Ini membuatkan pelombong berpindah ke kawasan lain di Pertang,Jelebu.

           Dengan ini nama ‘SATIN’ yang dipakai oleh orang cina itu lama-kelamaan menjadi ‘SERTING’ mengikut loghat orang tempatan dan ditambah ‘ULU’ bermaksud hulu sungai  di mana mereka mendapatkan sumber  air untuk tanaman mereka.

Dengan kisah itu,hingga ke hari ini kampung ini dikenali sebagai ‘KAMPUNG SERTING ULU’.

 

 

 sumber: google map 03.46pm, 21/06/16