Pejabat Daerah dan Tanah Jempol Negeri Sembilan diwujudkan pada 1 Januari 1980 yang terletak di bahagian Timur Negeri Sembilan dan bersempadanan dengan daerah-daerah Jelebu dan Kuala Pilah di sebelah Timur. Mukim-mukim daerah Jempol iaitu mukim Rompin, mukim Serting Ulu, Mukim Serting Ilir, Mukim Jelai dan Mukim Kuala Jempol. Pejabat Daerah Jempol terletak di Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan di Bandar Seri Jempol. Kawasan pentadbiran Daerah Jempol mengandungi 5 buah mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Jelai, Mukim Kuala Jempol, Mukim Rompin dan Mukim Serting Ulu. Keluasannya ialah 148,090 hektar. Jumlah penduduknya ialah 117,700 orang.

      Jempol merupakan antara daerah yang terbesar di Negeri Sembilan. Daerah yang terletak bersempadan dengan Negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau. Kementerian Kesihatan baru sahaja menyiapkan Hospital Jempol di daerah ini. Hospital ini menjadi tumpuan bagi pesakit-pesakit yang datang dari daerah sekitar Jempol, Serting, Bahau, Rompin dan kawasan-kawasan di Negeri Pahang yang sebelum ini mendapatkan perhidmatan di Hospital Kuala Pilah. Jarak antara Bahau dan Kuala Pilah ialah 39 km. Dijangkakan daerah Jempol akan terus membangun dalam masa terdekat ini di antara 5 hingga 10 tahun lagi. Di sini juga terletaknya pertembungan antara Sungai Muar dan Sungai Serting. Ia lebih dikenali sebagai Desa Penarikan.

BIL

MUKIM

KELUASAN

1

ROMPIN

57,548.89 HEKTAR

2

SERTING ULU

32,184.00 HEKTAR

3

SERTING ILIR

24,997.03 HEKTAR

4

JELAI

19,361.83 HEKTAR

5

KUALA JEMPOL

4,447.50 HEKTAR

 

 

 sumber:http://3.bp.blogspot.com/o6zE0jgNnFE/UV3pUYGXAoI/AAAAAAAAAcU/XTcaSCPoEvM/s1600/peta+Negeri+Sembilan.png