Nama Puan Norafizah Binti Abdul Rahman

Bentuk perniagaan

Beliau mempunyai sebuah gerai makanan dan juga menyediakan perkhidamatan catering untuk majlis kecil.

Kisah kejayaan

Latar belakang

 

Puan Norafiza merupakan seorang isteri dan juga ibu yang menetap di Kampung Serting Ulu. Gerai beliau baru sahaja dua bulan beroperasi  di hadapan rumah. Gerai Puan Norafiza menyediakan minum petang dan juga makan malam..

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Sebelum Puan Norafiza menjalani latihan keusahawanan yang disediakan oleh PI1M, pelanggan beliau hanya 4 hingga 5 orang sahaja dalam sehari kerana ramai penduduk tidak mengetahui kewujudan kedai beliau. Jangkaan pendapatan seharian dalam RM 100.00 ke RM 150.00.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas keusahawan, Puan Norafiza mempunyai ramai pelanggan yang terdiri daripada penduduk dan juga orang luar. Dalam masa yang sama, pendapatan beliau juga meningkat ke RM 250.00 sehari selepas melakukan promosi yang telah diajar oleh staff PI1M.