MAKLUMAT USAHAWAN |
· Intan Hayura Binti Mohamad Yunus · 31 Tahun |
BENTUK PERNIAGAAN |
Menjual barangan rumah yang terpakai |
LATAR BELAKANG |
Pn. Intan Hayura Binti Mohamad Yunus merupakan seorang ibu yang bekerja di sektor kerajaan. Beliau menjadikan perniagaan ini sebagai pendapatan sampingan keluarga beliau. |
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M |
Sebelum Pn. Intan menggunakan ICT sebagai medium untuk memperkenalkan perniagaan beliau, perniagaan beliau hanya tertumpu di sekitar Bandar Baru Serting dan kawasan sekitar |
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M |
Pn. Intan mengambil inisiatif untuk meminta bantuan pihak Pusat Internet bagi menaikkan lagi pasaran perniagaan beliau. Beliau mengikuti segala kelas usahawan yang telah diadakan di PI. Kelas seperti facebook, Instagram, Microsoft Word, Microsoft Excel dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, dengan usaha beliau pendapatan perniagaan beliau bertambah dua kali ganda. |