Hutan Lipur Serting ulu atau lebih dikenali sebagai Jeram Serting Ulu sering kali menjadi tumpuan penduduk setempat untuk berkelah dan mandi-manda. Jeram Serting Ulu yang terletak di hujung Kampung Serting Ulu telah dijaga dengan baik oleh penduduknya sehinggakan kehadiran pengunjung tidak pernah putus.

Antara kemudahan yang disediakan di sekitar kawasan jeram ini ialah pondok berkelah, tangga untuk pendakian, surau, tandas dan bilik persalinan serta gera-gerai menjual makanan dan cendera hati.

Selain mempunyai air jeram yang jernih dan bersih, pengunjung juga bakal disajikan dengan keindahan pokok-pokok yang menghijau yang berusia ratusan atau mungkin ribuan tahun. Di sini banyak tumbuhan unik yang boleh dilihat jika pengunjung sanggup untuk meneroka hutan lipur ini.

Intihanya, hutan lipur Serting Ulu amatlah sesuai untuk menenangkan minda dan mencergaskan jasmani.

 

Klik pautan berikut untuk meneruskan:

Pelancongan

  -   Bukit Ular

  -   Berhulu Camp