MAKLUMAT USAHAWAN

·        Nor Azlina Ramli

·        18 Tahun

BENTUK PERNIAGAAN

Menjual ayam goreng pedas dengan harga yang murah.

LATAR BELAKANG

Cik Azlina pada mulanya tidak dapat sambung belajar atas faktor kewangan. Dan beliau berniaga ayam goreng di hadapan rumah. Dalam masa yang sama Cik Azlina membantu keluarga.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Perniagaan Cik Azlina kurang mendapat perhatian dari penduduk kampung sini atas sebab penduduk tidak perasan kewujudan perniagaan disekitar kampung.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Selepas Cik Azlina menghadiri kelas keusahawanan dan juga kelas celik IT dan keusahawanan pendapatan beliau semakin meningkat sehingga RM 1 000.00 sebulan walaupun berniaga di dalam rumah sahaja. Dalam hal ini, beliau aktif menjalankan perniagaan secara online melalui Facebook, Instagram dan Whatsapp.

.

 

GAMBAR DISINI

MAKLUMAT USAHAWAN

·         Intan Hayura Binti Mohamad Yunus

·         31 Tahun

BENTUK PERNIAGAAN

Menjual barangan rumah yang terpakai

LATAR BELAKANG

Pn. Intan Hayura Binti Mohamad Yunus merupakan seorang ibu yang bekerja di sektor kerajaan. Beliau menjadikan perniagaan ini sebagai pendapatan sampingan keluarga beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Sebelum Pn. Intan menggunakan ICT sebagai medium untuk memperkenalkan perniagaan beliau, perniagaan beliau hanya tertumpu di sekitar Bandar Baru Serting dan kawasan sekitar

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Pn. Intan mengambil inisiatif untuk meminta bantuan pihak Pusat Internet bagi menaikkan lagi pasaran perniagaan beliau. Beliau mengikuti segala kelas usahawan yang telah diadakan di PI. Kelas seperti facebook, Instagram, Microsoft Word, Microsoft Excel dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, dengan usaha beliau pendapatan perniagaan beliau bertambah dua kali ganda.

 

 

 

 

MAKLUMAT USAHAWAN

·         Siti Aisyah Binti Mhd. Derus

·         32 Tahun

BENTUK PERNIAGAAN

Menjual air tebu.

LATAR BELAKANG

Pn. Aisyah merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan air tebu bagi menambah pendapatan keluarga

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Pn. Aisyah memulakan perniagaan air tebu secara kecil-kecilan sahaja. Pasaran air tebu beliau hanya disekitar kampung sahaja. Kebiasannya, beliau akan menjual air tebu pada bulan Ramadhan sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Pn. Aisyah mengambil keputusan untuk menaikkan pasaran air tebu beliau. Beliau mendapatkan bantuan dari pihak Pusat Internet  bagi mengajar beliau cara untuk memasarkan air tube beliau melalui media sosial. Pihak PI mengajar beliau cara memasarkan produk beliau melalui facebook dan Instagram.

 

MAKLUMAT USAHAWAN

·         Fathin Norsyairah Binti Nordin

·         22 Tahun

BENTUK PERNIAGAAN

Menjual burger

LATAR BELAKANG

Cik Fathin memulakan perniagaan selepas tamat pengajian. Beliau memulakan perniagaan kecil ini di hadapan rumah selepas mengambil alih perniagaan emak beliau untuk mencari pendapatan sekeluarga. Beliau juga meniaga di Jeram Kampung Serting Ulu .

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Pelanggan hanyalah sekitar rumah.

.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh staff PIKg Serting Ulu, beliau mempunyai Blog. Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook untuk mempromosikan produk beliau. Tambahan pula, beliau sudah mengetahui cara mempromosikan produk di media sosial yang telah ditunjuk ajar oleh staff PI. Pendapatan beliau juga meningkat sekitar RM 800 – RM 1000 sebulan.

 

 

MAKLUMAT USAHAWAN

·        Nurul Emiely Zaiham Binti Ahmad

·         29 Tahun

BENTUK PERNIAGAAN

Menjual burger.

LATAR BELAKANG

Cik Emily bermula menjual burger dari rumah. Beliau terjebak dengan perniagaan ini selama setahun selepas berhenti berkerja.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Pelanggan hanyalah sekitar rumah.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh staff PI Kg Serting Ulu, beliau mempunyai Blog. Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook untuk mempromosikan produk beliau. Tambahan pula, beliau sudah mengetahui cara mempromosikan produk di media sosial yang telah ditunjuk ajar oleh staff PI. Pendapatan beliau juga meningkat sekitar RM 800 – RM 2000 sebulan.